Isnin, 29 Oktober 2012

Ayam masak beriani

Membelek-belek buku resepi "Masakan Mami" by Hajah Fadhilah, ternampak resepi Ayam masak beriani.  Nampak simple walaupun bahannye agak banyak.  Kita pun cuba la.. 


Ni la hasilnye.. sedap ! Sesuai utk makan dgn nasi minyak dan yg sewaktu dgnnye.. 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam, di potong 6 (tapi akak potong kecik sikit)
Minyak sayur dan sapi, utk menggoreng
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Kisar - 8 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih dan 1 inci halia
1 1/2 sudu besar rempah kari
1 1/2 sudu besar rempah briani
Air biasa - agak-agak
1/2 cawan susu cair atau santan
Daun pandan, pudina, ketumbar, garam, gula atau madu
3 biji tomato, belah 4
3 biji cili hijau, potong memanjang
15 ulas bawang merah - dibuat bawang goreng (akak tak guna) 

Panaskan minyak sayur and sapi.  Tumis kulit kayu manis, pelaga dan lawang.  Lepas tu masukkan bahan kisar dan rempah-rempah.  Tumis hingga garing.  Masukkan ayam dan gaul rata. Tambah air sedikit sehingga paras menutupi ayam saja.  Gunakan api sederhana dan biarkan ayam masak.  

Apabila daging ayam telah masak, tambahkan susu cair dan semua bahan lain.  Kacau sehingga kuah pekat sedikit dan tomato masak.  Siap utk dihidang panas-panas.  

Kak sudahi dgn meniru ayat Chef Amar - "Masak dari hati, masak dengan iman"... hihihi, enjoy !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan