Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

Rabu, 29 Ogos 2012

Rendang Terlagi-lagi

Haa... siapa org Perak mesti tau resepi ni.  Ate.. itu la ngopenyer..  hehe.  Ni rendang favourite kami, tiap-tiap kali raya akak mesti buat.  Sebenarnye rendang masak kicap je, tapi ada lah bahan extra sikit dlm dia.  Bila dah rasa sekali, mesti nak lagi. 


Resepi di ambik dari buku Betty Saw, 1982 (thank you). 

Bahan- bahannye

1 cawan minyak 
600 gm daging lembu, potong setebal 1/4 inci
Kicap manis dan masin, agak2
Oyster sos - 3 sudu besar

Bahan giling :
20 biji cili kering giling, atau cili boh
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai

Santan dari 1 1/2 biji kelapa, pati 
Air asam jawa, 5 sudu
1/2 biji kelapa parut putih, di goreng perang ( jangan tumbuk)
Garam, gula

Caranyer
 
Mula-mula style akak buat, kita masukkan dulu semua daging tu dlm pressure cooker bagi lembut.  Dlm 40 minit.  Atau boleh gak guna slow cooker, tapi berjam2 le.  Bila daging dah lembut sikit, keluarkan dan lumurkan dgn kicap manis, kicap masin dan oyster sos.  

Next, tumiskan bahan giling.  Bila dah hampir masak, masukkan daging tadi.  Kacau biar rata.  Masukkan santan.  Kecikkan api, kacau sekali-sekala sampai keluar minyak.  Adjust la, kut nak tambah kicap lagi ke.  Bila daging dah betul2 lembut, masukkan air asam jawa dan kelapa parut.  Tambah gula dan garam.  Siap utk di hidang.

Sedap di makan ngan sajian hari raya biasa, mcm nasi himpit, lemang etc.  Akak guna cili boh jenis tak pedas, tapi warnanye cantik.  Dari cili kering yg saiz gemuk2 tu.. 

Ok Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yg sudi singgah sini.  :) 

Rabu, 30 Mei 2012

Chili (Daging & kacang merah)


Hari ni mencari-cari idea apa pulak nak buat dengan daging yang ada sikit lagi tu.. memula nak buat Spaghetti meatball, selak2 buku terjumpa resepi Chili.  Nama asalnye "Chili con carne" iaitu daging kisar yg di masak macam stew, dengan cili dan tomato.  Kalau di Penang, akak teringatkan resepi Barmia, yg selalunye di cicah ngan roti.  Resepi chili ni ala-ala daging yang kita makan dalam Coneydog kat A & W tu.. 

 OK, harap bertenang.. resepi ni panjang sikit.  




Bahan-bahannye : 
Minyak masak utk menumis
500 gm daging lembu, di cincang kasar

Bahan A :
1 biji bawang besar, di cincang 
1 biji bawang putih, cincang
2 biji cili merah dan 2 biji cili hijau, cincang
1/2 batang seleri, cincang
2 sudu besar serbuk cili 
1 sudu besar serbuk jintan putih

Bahan B : 
3/4 tin tomato hiris dgn jus nye
1/2 tin kacang merah (kidney beans) di basuh bersih

Bahan C :
4 sudu besar sos tomato/ 2 sudu puri
1 sudu besar sos Worcestershire
2 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula merah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam

 
 Mula-mula tumis Bahan A selama seminit dua.  Kemudian masukkan daging, goreng sehingga masak.  Tambahkan Bahan B dan kacau seketika.  Perasakan dengan Bahan C.  Bahan C tu boleh di lebih atau kurangkan mengikut selera kita agar rasanye seimbang - masam, manis dan masinnye. 

Biarkan kuah mereneh dengan api yang kecil selama lebih kurang 15 ke 20 minit.  Rasa-rasa dan pastikan kacang merah dah empuk, sebelum di tutup api.  Hidangkan sebagai pencicah, di makan dgn roti.  

Utk resepi roti yg paling simple, boleh singgah ke blog Bakingproject ye.  Sedap utk makan petang.  Try lah.

Selasa, 22 Mei 2012

Daging masak kicap



Kalau cakap pasal daging ni, bab nak memilih memang akak lemah.. sebabnye terlalu banyak bahagian daging ni.  Confuse.. selalunye akak order je kat makcik atau mak, akak minta depa belikan.  Yang akak tau cuma Daging Batang Pinang (sirloin kalau tak silap), tu bahagian paling lembut.  Jom tengok bahagian atau pun Beef cuts yang available :

Petikan dari http://www.precisionnutrition.com/all-about-meat

Nasib la kat rumah ni tak selalu sangat makan daging atau ayam.  Mungkin seminggu sekali la kut.  Semalam masak resepi daging yg paling simple iaitu Daging masak kicap.  Nak bagi resepi gak ke ?  Mesti dah tau.  Hehehe..



Yg hijau-hijau tu mcm rupa petai kan ? Itu sebenarnye Broad bean ataupun Fava beans.


Kak beli yg frozen punya dari supermarket. 


Tapi yang lecehnye Broad bean ni nak kena kopek kulit dia pulak.. memang tak hensem rupa dia kalau goreng ngan kulit sekali. 


Takde bean ni pun tak apa, ganti je dgn kacang pis hijau atau apa yg di rasakan sesuai.  Ni resepi Daging Masak Kicap.  Bahan-bahannye :

Bahan perap : 
250 gm - Daging hiris (bahagian lembut)
1 sudu besar tepung jagung 
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar oyster sauce 

Bahan tumis, di kisar halus :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Air - 2 1/2 gelas 
Kicap manis, Kicap masin
Kacang pis, tomato, garam, lada hitam,
Minyak 

Cara membuatnyer :

Daging tu kalau nak cepat masak, boleh la di ketuk-ketuk sampai nipis ye. Kemudian perap.  Ok, mula-mula perap daging, letak dlm fridge selama sekurang-kurangnye setengah jam.  Tumis bahan tumisan lebih kurang 2 minit.  Masukkan daging tadi dan balik-balikkan.  Kemudian, siapkan air dalam 2 gelas.   Masukkan 1/2 gelas dahulu dan goreng hingga daging agak kering.  Teruskan menambah air sedikit demi sedikit sehingga habis 2 gelas, dan sehingga daging lembut.  Biasanye dlm 20 minit.   Apabila rasa daging dah lembut, masukkan kicap manis 2 sudu, kicap masin 2 sudu.  Juga kacang pis, tomato, garam dan lada hitam secukup rasa.  Jika rasa kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air lagi dan adjust rasanye.  

Yey ! Dah siap, senang sangat, kalau mak akak - masak 'emergency' katanye.  Selamat menjamu selera :)

Khamis, 17 Mei 2012

Ayam masak merah



Ya Allah malam tadi punye la penat, sampai lupa nak masukkan ayam masak merah ni dlm fridge.. nasib baik la tak basi pagi ni.  Resepi ni memang kegemaran famili sejak azali.  Akak buat pun main campak-campak je. 


Ni resepi asalnye yg akak gunting dari suratkhabar, boleh la separuh kan resepi kalau rasa byk sgt.  Dlm resepi ni, pakai tomato betul yg di rebus, tapi akak shortcut, pakai tomato dlm tin ni.


Bahan-bahannye :

1.5 kg ayam, di potong 12 atau 14, kemudian di gaul ngan garam dan lada sulah
Santan pekat dari sebiji kelapa
500 gm buah tomato, rebus dan buang kulit

Bahan giling :
300 gm cili merah
15 biji bawang merah
8 biji bawang putih
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
3 cm halia
3 batang serai
2 biji bawang besar, potong bulat 


Minyak biasa, and minyak sapi sikit
Perasa : Gula melaka/ gula merah, garam

Cara membuatnye :

Panaskan minyak masak & minyak sapi, dan tumis bahan giling dan tomato.. biarkan sampai agak kering mcm gambar bawah ni.  



Masukkan ayam dan gaul ngan rempah tumis tu.  Lepas tu masukkan santan (macam kita buat rendang). 


Kacau sekali-sekala. Tunggu sampai ayam betul-betul masak dan kuah dah pekat.   Last sekali, masukkan bawang besar dan perasa.  Bila nak menghidang, pastikan buang minyak lebih-lebih yg akan berkumpul di bahagian atas tu.. bahaya, kolesterol :) 

Kalau dah cuba, mesti nak buat lagi.  Sesiapa yg nak mengambil hati ibu mertua, ni lah resepi nyer..

Rabu, 16 Mei 2012

Burger daging


Hari ni kak mengajar kanak-kanak istimewa di CADS enhancement centre cara-cara membuat homemade burger daging.  Mengajar budak-budak ni tak la susah mana, cuma depa ni ada yg hyperactive, dan ada pulak yg sangat pemalu.  Cikgu-cikgu di situ banyak membantu semasa kelas.  Penyabar betul cikgu2 nye.

OK, bahan-bahan utk membuat burger daging :



Menghasilkan lebih kurang 15 keping saiz medium. 

1 kg daging cincang
1 biji bawang besar, di cincang halus
Minyak masak
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk ketumbar
Garam dan lada hitam secukup rasa
Parmesan cheese - 1 paket kecil seperti dlm gambar di atas
1 sudu besar English honey mustard (boleh ganti ngan tomato sos)
2 biji telur, di pukul sedikit
115 gm serbuk roti
15 biji bun burger
Salad, mayonnaise, tomato sos, kepingan cheese

Cara membuatnye :

Mula-mula kita tumis bawang dlm 2,3 minit hingga layu.  Angkat dan masukkan ke dalam daging kisar bersama jintan manis, ketumbar, parmesan cheese, mustard dan 3/4 serbuk roti.  Gaul rata.  Kemudian masukkan telur supaya adunan boleh melekat.  Last sekali masukkan garam dan lada hitam.  Ambil secubit daging dan rasa supaya cukup masin.  Jgn terlebih garam sebab parmesan cheese dah masin. 


Kemudian, ambil talam dan taburkan sedikit serbuk roti.  Bulat2 dan leperkan daging.  Susun di atas serbuk roti tadi.  Ambil lagi serbuk roti dan tepek kat atas burger pulak.  Simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit supaya agak keras.

Keluarkan daging burger dari peti ais dan boleh la goreng dlm 5 ke 10 minit bergantung pada ketebalan burger.  Bun tadi kita sapukan mentega dan masukkan dlm oven sekejap atau bakar di atas kuali sehingga kekuningan. 





Akhir sekali, letak burger di tengah bun bersama salad, kepingan cheese, mayonnaise, sos pilihan anda.  Nak letak telur goreng pun boleh.. 



Burger daging homemade ni memang sedap dan nk membuatnye pun tak susah.  Jika ada lebih, boleh buat jadi balls dan freeze kan, boleh di olah jadi Spaghetti meatballs.  Atau freeze je kepingan burger tu utk makan di kemudian hari. Sekurang-kurangnye kita tau bahan apa dlm burger kita, takut kalau yg beli tu, ada anggota badan binatang mana la yg di cincang sekali.  Dan mungkin terlalu byk bahan pengawet.  Menakutkan bila kita baca cerita2 mcm ni..  jgn la kita byk sgt makan burger Fast Food di luar.  Ok, jumpa lagi, babai ..