First2 ternampak perkataan bunga 'ganasuli' ni, memang tak tau apa bendanye. Rupa-rupanye ganasuli ni ialah bunga lily.
Resepi ni guna bunga lily yg telah dikeringkan. Ada jual kat bahagian kering/ rempah.
Resepi ni namanye "Ayam Ganasuli", di ambil dari buku "Masakan Tradisional Utara" by Zakiah Hanum (tkasih). Buku ni dah byk berjasa, kak beli tahun 1995. Masakan Cina hailam.
Bahan-bahannye
1 ekor ayam, di potong kecil
150 gm kacang tanah
50 gm suhun
2 keping tauhu
2 keping pucuk tauhu
1/4 biji cauliflower
30 keping cendawan telinga tikus (kak ganti ngan cendawan biasa)
20 kuntum bunga ganasuli
Minyak utk menumis
4 ulas bawang putih, di hiris
1 pokok daun bawang
1 pokok daun saderi
garam, lada sulah
oyster sos (kak tambah)
air
Cara-cara
Ayam di potong kecil, perap ngan garam and lada sulah. Rendam cendawan telinga tikus, suhun, pucuk tauhu dan bunga ganasuli sehingga lembut. Potong sepanjang 3 cm. Tauhu potong 8. Bunga kobis potong kecil. Goreng kacang tanah dan buang kulit. Potong daun bawang dan sup.
Gunakan kuali non-stick. Panaskan minyak sikit, tumis bawang putih dan masukkan ayam. Goreng sehingga masak. Masukkan cauliflower, goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan je semua bahan2 lain, kecuali daun sup and bawang tu last. Kacau dan jika kering, tambah air sikit. Tambah oyster sos 2 atau 3 sudu besar. Rasakan garam.
Resepi ni seeloknye di buat last minute masa dah nak makan nasi. Sebab sedap bila panas2, kalau dah lama, kuah pun hilang. Boleh gak di ganti ngan daging. Sekali-sekala sedap gak buat ayam style ni. Rasanye ada masam2 sikit, jadi jgn letak terlalu byk tauhu dan ganasuli tu. Resepi yg tak pedas dan memang menyelerakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan