- Hari ni memang agak free sebab kelas deko kek dah habis, continue lepas raya. Dan projek berjualan sempena bulan ramadhan pun insyaallah start hari Sabtu 21 Julai ni. Dapat la rehat sikit dua, tiga hari. So ingat nak try masak Risol/ Rissoles/ Risoles. Dah lama teringin nak buat sendiri.
- Risol ni street food kat Indonesia. Agak byk keje gak nak buat kuih ni. Memula buat ala2 pancake/ crepe. Then buat ragout or filling dia. Filling tu boleh di tukar ikut apa kita nak.. akak pakai ayam ngan sayur, kemudian di pekatkan ngan susu & tepung gandum. Pas tu, masuk kan inti, gulung pancake tu. Celup dlm telur dan salut ngan serbuk roti, goreng (Belum buat pun, dah rasa penat..aiyo ! )
- Bahan2nyer
- Isi
Butter / minyak utk menumis
1 biji bawang besar (dadu)
300 gm daging ayam, di hiris halus
1 biji carrot (dadu)
1 biji carrot (dadu)
2 biji kentang (dadu)
air - 1/2 cawan
150 g cendawan (hiris halus)
daun sup, hiris
150 g cendawan (hiris halus)
daun sup, hiris
2 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan susu segar
garam, lada putih, serbuk stok ayam
garam, lada putih, serbuk stok ayam
mozarella dan cheddar cheese utk di tabur
Kulit
450 g tepung gandum
100 g tepung ubi kayu
4 biji telur (di pukul sikit)
50 g butter (di cairkan)
1/2 sudu kecil garam
1100 ml air
100 g tepung ubi kayu
4 biji telur (di pukul sikit)
50 g butter (di cairkan)
1/2 sudu kecil garam
1100 ml air
Untuk menggoreng
2 biji telur (di pukul sikit)
Serbuk roti
Minyak
Serbuk roti
Minyak
Cara-caranye :
Utk buat inti, senang je. Panaskan minyak, tumis bawang dan goreng ayam hingga setengah masak. Then masukkan sayur carrot dan kentang. Masak sehingga lembut. Jika terlalu kering, campurkan air. Last masuk cendawan dan daun sup.
Di dalam kuali lain, atau buat lubang dlm kuali yg sama. Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Goreng dlm 2 minit, then tambah susu. Kacau hingga agak pekat. Tambah garam, pepper dan stok ayam. Curahkan balik dlm sayur tadi dan gaul sebati. Adjust la balik seasoning nyer.
Utk buat kulit, campurkan semua bahan. Akak guna food processor je. Blend sampai hancur dan tidak berketul. Rehatkan dlm setengah jam baru guna. Masak seperti buat pancake. Siapkan semua kulit dulu. Jgn buat bulatan terlalu besar, cukup dlm diameter 5 ke 6 inci, dan ketebalan mestilah nipis.
Last sekali, masuk inti, tabur ngan cheese dan gulung. Celup dlm telur, diikuti dgn serbuk roti dan goreng. Utk simpan dlm freezer, pastikan kita letak plastik antara lapisan risol supaya tak melekat. Kena defrost dulu lah sebelum nak goreng.
Kalau nak healthy, boleh la di bake, tapi kak tak pernah try. Masalahnye ni first time kak buat, dan risol yg terhasil semuanye saiz giant. Terpaksa di potong dua. Dan ada yg tertebal pulak tu.. makan sebiji je dah hands-up.
Rasanye sedap ! Tkasih kpd org Belanda yg membawa makanan ni ke Indon. Yg asalnya mungkin dari French atau Portugis. Dan akhirnye di nikmati oleh semua, tak mengira bangsa :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan