Rabu, 16 Mei 2012

Kentang bakar dengan kupang berkeju


Eh, betul ke title kat atas tu ? Sebenarnye nak translate dari ayat " Jacket potato with creamy mussel topping".   Hari ni terasa mcm malas nak makan nasi, jadi pikir punye pikir and korek2 freezer, ternampak la mussels/ kupang.  Kupang ni beli kat Jusco, memang dah di rebus siap sebab tu isinye macam dah separa masak.  Kalau beli kupang fresh, kena buang janggut, cuci dan rebus sekejap sebelum di gunakan utk resepi ni. 


Cara membuat kentang bakar : 

Bahan utk Jacket potato atau baked potato ni : gunakan kentang yg bersaiz besar dan panjang sikit.  Kat KL ni, akak beli jenis Russet, iaitu sejenis kentang yg kandungan starch atau kanjinye tinggi.  Kentang pun ada byk jenis dan pilihlah yg bersesuaian dgn jenis masakan kita.  Ok, first kentang tu kita cuci sikit, lap kering, sapu ngan minyak masak dan garam.  Kemudian kita cucuk2 dgn garpu seluruh permukaan kentang tu supaya bila dlm oven nanti, stim dia boleh keluar dan kentang kita tak meletup mcm bom ye.. (masa tengah mencucuk kentang dgn garpu, lepas kan segala geram anda dan cucuk ngan sekuat hati, jgn tercucuk mata sudah mcm cite P. Ramlee pulak). 

Utk resepi ni, kak guna 4 biji saiz medium. Masukkan dlm oven, bakar pada suhu 200C selama sejam atau lebih sikit.  Terbalikkan dari semasa ke semasa supaya bawahnye tak hangit.  Dan sebelum angkat test la dengan hujung pisau, bahagian paling dalam kentang patut masak dan terasa lembut.

Cara membuat topping : 







Sementara kentang dlm oven, kita siapkan bahan utk ditabur di atas.  Bahan yg diperlukan ialah :


Isi kupang yg dipotong kecil - lebih kurang 130 gm
1/2 cawan bread crumbs/ serbuk roti
1 sudu besar keju Parmesan
3 sudu besar keju jenis Mozarella (akak guna Monterey Jack) boleh tambah lebih kalau nak
2 biji bawang putih, di racik halus
Sedikit daun sup, di racik halus
1 biji cili merah, di racik halus jugak, jika nak
1 biji tomato, di buang biji dan di potong dadu
Butter, dlm 2 atau 3 sudu besar, biarkan pada suhu bilik atau cairkan
Garam dan lada sulah, secukup rasa. 

Senang je nak buat topping dia.  Just campurkan semua bahan kecuali kupang. Bahan yg dicampur tadi di letak garam, jgn byk sgt sebab cheese tu dah masin.

Bila kentang kita dah siap masak, belah dua.  Terus sapukan bahagian dlm dgn sedikit butter.  Lapik tray baking  ngan aluminium foil.  Kemudian susun kentang tu.  Utk topping, letakkan isi kupang, diikuti ngan ramuan breadcrumbs tadi. Tekan-tekan sikit supaya padat.  Jika nak, tabur lagi cheese kat atas sebelum di bakar.  



Bakar pada suhu yg tinggi sikit, dlm 220C selama 20 minit atau sehingga topping nampak kekuningan dan cheese dah cair.  Angkat dan boleh la di makan terus.  Sebab time panas-panas ni, semuanye crunchy. Kulit kentang tu pun boleh dimakan sekali, bila terasa garam pada kulit tu, memang sangat sedap.

Selain dari kupang, resepi ni boleh je ganti ngan benda2 lain, mcm tuna ke, udang, salmon.  Ikut kreativiti masing-masing.  Jangan lupa cicah ngan cili sos, atau mayonis.  Selamat mencuba :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan