Apa lagi cara nak masak terung ye ? Kalau akak balik2 dok buat sambal udang kering terung. Mencari-cari idea nak masak terung lalu terjumpa la resepi Baba Ganoush ni. Pernah jugak dengar tapi tak pernah buat sendiri. Kononnye nanti dinner boleh la makan roti cicah benda ni.
Bahan yang di perlukan :
4 biji terung, saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
3 sudu kecil tahini (ada jual kat kedai Arab/ kedai organik)
1 biji bawang putih, di cincang
1/2 sudu kecil jintan putih, di goreng sekejap sehingga naik bau
1 sudu besar jus lemon
Garam, serbuk lada hitam, hirisan daun sup
Cara membuatnyer:
Sapukan terung ngan minyak masak dan cucuk-cucuk dgn garpu. Masukkan dalam oven dengan kepanasan 200 C selama 30 minit atau sehingga terung masak (isinye lembik). Boleh gak di grill sehingga kulitnye hangus utk mendapatkan rasa 'smoky'. Terpulanglah nak bakar berapa lama ( rasanye kak kena bakar lama lagi kut.. tapi satu badan dan dapur dah berbau asap ! )
Biarkan terung sejuk dan kemudian buang kulit dan keluarkan isinya. Perah sehingga semua air dari isi terung tu keluar. Masukkan dalam blender dan kisar sehingga halus atau separa halus. Masukkan semua bahan lain, boleh la dikurang atau lebihkan setiap bahan mengikut kesukaan anda. Akak cadangkan kurangkan bawang putih tu dan tahini. Agak-agak la ikut rasa kita. Last sekali, yg ni takde dlm resepi, akak letak secubit gula. Untuk menghidang, biasanye di siram lagi ngan olive oil, hirisan daun sup, ada yg letak buah zaitun dan buah delima.
Baba Ganoush ni kami makan cicah ngan roti prata, apa2 roti pun boleh, macam roti pita/ roti Arab.. Husband kak makan, katanye ok. Tapi mungkin ni 'acquired taste', lagi pun kak memang tak minat benda yg ada bijan atau sesame. Tapi nak gak cuba buat kan.. now we know. Ok next time kita try buat makanan Arab lain pulak. Nasi mandy ke.. yumm !
saya pandai masak pajeri terung je... huhuhu
BalasPadami like your new blog. i like a foodie. i link u ok.
BalasPadami too don't know what to do with terung. this one mcm leceh la pula. dah bakar nak perah lagi? but you're right, if u don't try u won't know. hope to learn more new recipes from here.
Sudip, pajeri terung pun kak tak selalu buat. Next time boleh la kak tukar menu pulak, buat pajeri. Fabmom, lama i tak melawat yr blog, ok will add yours too. Thx singgah.
BalasPadam