Jumaat, 18 Mei 2012

Sup cendawan simple


Hari ni akak sorang kat rumah, jadinye masak yang simple-simple je lar.  Lagi pun takde masa sebab pagi mengajar.  OK menu hari ni ialah yg cepat dan sedap, kita buat Mushroom soup, makan dgn roti. 


Ni cendawan dari Jepun, namanye Bunashimeji dan Bunapi.. (tengah baca dari paket ni, beli kat Jusco..biasalah akak).  Guna cendawan apa pun boleh.  Utk creamnye, akak guna whipping cream, cooking cream pun ok.


Bahan-bahan utk membuat sup cendawan : 

30 gm butter atau margerin 
3 ulas bawang merah, di hiris halus
1 ulas bawang putih, di hiris halus
300 ml air
200 ml whipping cream (1 kotak kecil)
200 gm cendawan, hiris kecil dan dibasuh
Serbuk ikan bilis/ ayam secukup rasa
Garam, lada hitam, daun sup hiris 

Mula-mula kita panaskan kuali, masukkan butter dan biarkan ia cair.  Tumis bawang merah dan putih selama lebih kurang 40 saat.  Kemudian masukkan cendawan.  Goreng sehingga layu lebih kurang selama 5 minit.  Angkat dan biarkan sejuk seketika.  

Lepas tu masukkan semua cendawan tadi dlm blender dgn 300 ml air,  kisar sampai halus.  Sediakan periuk utk masak sup.  Tuangkan bahan kisar dan pasangkan api yg sederhana. Jangan besar sgt sampai sup mendidih. Masukkan semua cream.  Then bubuh serbuk ikan bilis dan adjust garam serta lada hitam sesuai dengan selera anda.  


Biarkan atas api sederhana lebih kurang dlm 3 minit.  Masukkan daun sup dan tutup api.  Dah siap. 


Senangkan ?  Ok jika rasa sup tu pekat sangat, boleh tambah air lagi.  Tapi akak suka pekat sikit, baru la best cicah ngan roti.  Sup homemade ni lagi sedap.. kalau mkn kat luar tu, sup nye pekat mcm gam, hihihi.  Byk tepung dari isi cendawan.   Resepi ni mesti anak-anak suka, especially kalau makan ngan Garlic bread panas-panas.  Utk anak yg tak makan sayur tu, buat sup ni ialah salah satu cara nak bagi depa makan sayur tanpa disedari.  Bijak, bijak...

“There is nothing like soup. It is by nature eccentric: no two are ever alike, unless of course you get your soup in a can.”
Laurie Colwin, 'Home Cooking' (1988)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan